Ketiadaan Syahmi buka peluang kepada pemain lain – Datuk Ong Kim Swee

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Pengendali skuad Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee nyata kecewa dengan ketiadaan bek kanan skuad kebangsaan, Syahmi Safari untuk mengharungi Kejuaraan AFF B-22 yang akan berlangsung pada 17hb hingga 26hb Februari 2019 di Phnom Penh, Kemboja.

Sebelum itu, Syahmi Safari dipilih oleh Datuk Ong Kim Swee bagi menjalani latihan pusat di Bukit Jalil pada 10hb Februari kelak. Namun, ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan enggan melepaskannya ekoran The Red Giants bakal mengharungi dua perlawanan penting saingan Liga Super Malaysia dalam tempoh berkenaan.

Memang diakui Syahmi Safari antara pemain muda terbaik dalam kancah bola sepak tanah air ketika ini, namun ketiadaannya membuka peluang buat kepada pemain-pemain lain untuk beraksi dalam kesebelasan utama.  

“Ketiadaan Syahmi sudah tentu akan memberi impak tetapi ia memberikan peluang kepada saya untuk menilai baki pemain yang masih bersama pasukan,” kata Kim Swee kepada Stadium Astro.

Skuad Datuk Ong Kim Swee dijadualkan berhadapan tuan rumah, Kemboja dalam aksi sulung Kumpulan B pada 18hb Februari serta Indonesia dan Myanmar masing-masing pada perlawanan ke-2 dan ke-3.

“Saya akan berusaha mendapatkan satu lagi perlawanan sebelum berlepas ke Phom Penh tetapi saya menyedari kesukaran untuk membariskan pemain ketika saingan Liga Malaysia sudah bermula,” katanya lagi.

Foto Kredit: FAM

Comments