FAM cadang lantik penolong Tan Cheng Hoe sebagai Ketua Jurulatih Malaysia B-23

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi bayangan untuk melantik penolong kepada Tan Cheng Hoe untuk membimbing skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23).

Menurut laporan Harian Metro, difahamkan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin bakal mencadangkan nama S. Balachandran dalam mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan untuk mengisi kekosongan ketua jurulatih skuad Harimau Muda.

Manakala, ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe pula akan bertindak untuk memantau latihan yang akan dikendalikan oleh Balachandaran kelak.

S. Balacandran Foto: FAM

“Pertama, skuad bawah 23 tahun tiada perlawanan (tiada kejohanan besar) tahun ini, mereka ada kelayakan tahun depan tetapi saya ingin mencadangkan dengan jawatankuasa pasukan kebangsaan untuk lantik penolong jurulatih Harimau Malaya itu,” kata Dato’ Hamidin.

S. Balachandran bukan satu nama asing dalam bidang kejurulatihan tanah air. Sekitar enam tahun lalu, beliau merupakan ketua jurulatih kepada skuad remaja kebangsaan, skuad Malaysia B-16. 

Ketika itu, Balachandran berjaya membimbing Malaysia B-16 muncul naib juara Kumpulan A di belakang Republik Korea dalam Kejohanan AFC B-16 di Bangkok, Thailand. 

Hampir-hampir sahaja beliau membawa skuad tersebut mara ke saingan Piala Dunia FIFA B-17 buat pertama kali dalam sejarah bola sepak negara. Namun impian tersebut hancur sama sekali apabila skuad negara kecundang di tangan Australia dengan keputusan 2-1 di peringkat suku akhir.

Foto: FAM

Comments