Dah nampak kesebelasan utama – Frank Bernhardt

Khairul Nizam Khairul Nizam

Nampak dah.

Ketua jurulatih UiTM FC, Frank Bernhardt nampaknya sudah mula mendapat bayangan pemain yang akan membarisi kesebelasan utama pasukan berkenaan menjelang sepak mula Liga Super 2020.

Sebagai pasukan universiti pertama beraksi di tahap tertinggi liga bolasepak Malaysia, mendapatkan pemain yang mampu menterjemah apa yang dia mahukan dan memastikan pasukan memberi tentangan sehabis baik tentunya akan menjadi cabaran.

Tetapi selepas melakukan beberapa aksi persahabatan dan latihan pra musim di Thailand, pengendali berasal dari Jerman itu mula nampak pemain yang ingin diturunkan dalam kesebelasan utama nanti.

“Ada pemain yang sudah mula menyesuaikan diri dengan pasukan.

“Saya semakin mendapat gambaran mengenai kesebelasan utama.

Saya agak positif ketika ini,” kata Bernhardt seperti dilaporkan oleh Astro Arena.

UiTM FC akan membuka tirai kempen Liga Super 2020 dengan menerima kunjungan Melaka United di Stadium UiTM, Shah Alam pada 29 Februari ini. Mereka kemudiannya akan bertandang ke gelanggang juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’azim (JDT) pada 7 Mac dan kemudian menyambut ketibaan pasukan Kedah pada 11 Mac.

Pada musim lalu, UiTM berjaya naik ke Liga Super selepas menduduki tangga ke-5 Liga Premier ketika berada di bawah kendalian Ismail Zakaria selepas Pulau Pinang ditolak enam mata. Ismail Zakaria kemudiannya membuat keputusan untuk tidak kekal bersama UiTM FC pada musim ini dan digantikan dengan Frank Bernhardt.

 

Kredit foto: UiTM FC

 

Comments