Nor Hakim Hassan sertai Brendan di Selangor

Khairul Nizam Khairul Nizam

Nampaknya jangkaan penyokong Red Giants meleset apabila Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menerusi laman media sosial rasmi mereka hari ini mengumumkan bahawa bekas pemain Perak, Mohammad Nor Hakim Hassan sah menyertai mereka.

Pemain tengah berusia 28 tahun itu bakal menambah sengat kepada bahagian tengah Selangor dan sudah pasti penyokong Selangor tidak sabar untuk melihat gandingannya bersama seorang lagi pemain baru yang juga berhijrah dari Perak, Brendan Gan yang menyertai mereka daripada Perak.

Semalam pemain pertahanan Selangor, Taylor Regan telah memberi bayangan bahawa seorang pemain baru telah menyertai mereka dan kicauan di laman Twitter peribadinya itu telah membuatkan penyokong Selangor meneka bahawa pemain itu adalah Safuwan Baharudin.

Nor Hakim yang berasal daripada Kuala Terengganu sebelum ini pernah beraksi untuk pasukan Majlis Perbandaran Muar, PKNS, Terengganu dan T-Team sebelum menyertai Perak pada tahun 2018. Bersama Perak, Nor Hakim pernah menjulang trofi Piala Malaysia pada musim pertamanya bersama The Bos Gaurus.

 

Kredit foto: Persatuan Bolasepak Selangor

 

Comments