Player Rating: Safawi, Afiq cemerlang tundukkan Kedah di pentas akhir Piala Malaysia 2019

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mengatasi Kedah dengan keputusan 3-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil sekaligus dinobatkan juara Piala Malaysia pada musim ini.

 

Berikut adalah rating pemain-pemain daripada kedua-kedua pasukan dalam perlawanan akhir sebentar tadi:-

Rating pemain Kedah:

Ifwat Akmal – 5/10

Separuh masa pertama, bolos dua gol. Dan bolos pula sekali lagi pada babak kedua berpunca daripada free header oleh Syafiq Ahmad. 

Azmeer Yusof – n/a

Keluar pada minit ke-16 kerana ditimpa kecederaan. Beliau digantikan dengan Norfiqrie.

Shakir Hamzah – 5.5/10

Bekerja keras untuk mengekang jentera serangan JDT namun disebabkan tiada perlindungan daripada bahgian midfield, beliau tidak dapat menyerap serangan dengan baik. 

Khairul Helmi – 5.5/10

Menampilkan aksi cemerlang dengan mengeluarkan bola-bola bahaya yang menerjah dalam kotak penalti Kedah. Namun terpaksa menerima hakikat benteng Kedah bolos 3 jaringan gol 

Amirul Hisyam – 6/10

Mengisi posisi selaku bek kanan pada malam ini. Beraksi dengan agak baik dan tidak membenarkan Gonzalo Cabrera, Corbin Ong dan Syafiq Ahmad mengatasinya dengan mudah.

Baddrol Bakhtiar – 5/10

Tidak banyak dapat diberikan Baddrol pada malam ini dengan duo JDT, Hariss Harun dan Afiq Fazail terlalu unggul di bahagian tengah. 

David Rowley – 4/10

Tidak begitu baik aksinya pada malam ini. Beliau sepatutnya membantu melindungi barisan pertahanan namun tidak mampu berbuat demikian. Rowley juga bergelut untuk membina serangan buat Kedah.

Edgar Bernhardt – 3/10

Separuh masa pertama kelibatnya tidak kelihatan sama sekali. Separuh masa kedua dia ditolak untuk bermain di posisi bahagian kanan. Tidak memberikan apa-apa impak kepada pasukan. 

Farhan Roslan – 4/10

Tidak banyak yang dapat dilakukannya memandangkan Kedah tidak menguasai permainan. Dia dikeluarkan pada minit ke-64.

Jonatan Bauman – 4/10

Bermain sebagai top striker pada babak pertama. Bauman bergelut pada babak pertama untuk melepasi pemain import JDT, Mauricio. Babak kedua Bauman bermain di posisi No.10 dan namun tidak banyak yang dapat disumbangkan kepada pasukan.

Zaquan Adha – 4/10

Pada babak pertama, persembahan pemain ini kurang memberangsangkan. Langsung tidak dapat mengatasi bek kiri JDT, Corbin Ong dan acap kali merencatkan tempo permainan pasukannya. Separuh masa kedua, Zaquan ditugaskan bermain selaku top striker dan tiada sebarang ancaman dapat diberikan kepada Farizal Marlias.

 

Pemain Gantian:

Norfiqrie Abdul Talib – 5/10

Masuk pada minit ke-16 menggantikan Azmeer Yusof. Satu persembahan yang boleh dipuji buat pemain memandangkan beliau bukan seorang regular player dalam skuad Kedah. Mampu memberikan saingan kepada Safawi Rasid.

Mohammad Fayadh – n/a

Masuk pada minit ke-64 menggantikan Farhan Roslan. Hanya berjaya melakukan beberapa larian tetapi tidak dapat memberikan impak kepada pasukan.

Fadzrul Danel – n/a

Masuk menggantikan Edgar Bernhardt pada minit ke-72. Tidak banyak dapat dilakukan oleh Fadzrul Danel.

 

Rating pemain Johor Darul Ta’zim:

Farizal Marlias – 7/10

Langsung tidak teruji pada separuh masa pertama. Ada beberapa percubaan dilakukan Kedah pada babak kedua tetapi mudah diselamatkannya. 

Corbin Ong – 7.5/10

Banyak melakukan larian overlapping untuk menembusi bahagian kanan Kedah. Ada satu atau dua gerakannya dapat memasuki kotak penalti untuk melakukan percubaan. 

Mauricio – 7/10

Tidak menerima banyak ancaman daripada jentera serangan Kedah. Meletakkan Jonatan Bauman dan Zaquan Adha dalam ‘poketnya’ sepanjang permainan. 

Aidil Zafuan – 7/10

Sepertimana Mauricio, tidak banyak teruji dengan barisan serangan Kedah. 

S Kunanlan – 7/10

Tiada banyak ancaman hadir daripada Farhan Roslan dan juga Mohammad Fayadh. Mantap persembahannya. 

Hariss Harun – 8/10

Menguasai bahgian tengah dan memberikan perlindungan kepada barisan pertahanan. Mematikan bahagian tengah Kedah. 

Afiq Fazail – 9/10

Cemerlang mengawal bahagian tengah bersama-sama Hariss Harun serta mencipta satu assist untuk gol ke-3 JDT yang disudahkan oleh Syafiq Ahmad. Keluar pada minit ke-72. Nadi utama bahagian tengah JDT pada malam ini.

Safawi Rasid – 9/10

Menjaringkan gol kedua JDT menerusi satu sepakam percuma yang cantik. Larian dan gerakannya banyak membuatkan barisan pertahanan Kedah kucar-kacir. 

Leandro Velazquez – 9/10

Pusat kreativiti bagi Harimau Selatan. Hantaran dan gelecekan pemain dari Argentina ini banyak memberi masalah kepada Kedah. Menjaringkan gol pertama JDT. 

Gonzalo Cabrera – 8/10

Kehadiran Gonzalo Cabrera banyak memberi masalah kepada Kedah. Beliau beberapa berhasil menerpa kotak penalti Kedah. 

Diogo Luis Santo – n/a

Keluar pada minit ke-24 kerana kecederaan.

 

Pemain gantian:

Syafiq Ahmad – 8/10

Impak yang diberikan amat besar walaupun masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-24 menggantikan Diogo Luis Santo. Bergandingan baik bersama Safawi Rasid di hadapan dan menjaringkan gol ketiga buat JDT.

Syamer Kutty – n/a

Masuk pada minit ke-72 menggantikan Afiq Fazail. Tidak banyak yang dilakukan dalam perlawanan.

Nazmi Faiz – n/a

Masuk pada lewat permainan pada minit ke-89.

Foto: Malaysian Football League

Comments