Zainal tidak pasti Shukor akan bermain di Kuantan atau tidak

Khairul Nizam Khairul Nizam

Mana Shukor Adan?

Itulah yang menjadi persoalan ketika Melaka United beraksi menentang Pahang dalam perlawanan suku akhir pertama di Stadium Hang Jebat pada hari Ahad yang lalu.

Ketua pasukan Melaka, Mohd Shukor Adan, sebelum ini pernah memuatnaik satu gambar di laman Instagram peribadinya dan menulis berkenaan masalah gaji yang melanda Melaka United. Kemudian, dia tidak beraksi dalam perlawanan bertemu Pahang di mana ketua jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan menghormati permintaan Shukor.

“Dia tidak ada ada. Secara jujur dia tidak mahu bermain. Mungkin bukan dalam perlawanan ini dan saya hormati keputusan beliau dan memainkan Razman.

“(Perlawanan seterusnya) tak tau lagi. Tengoklah nak main atau tidak, kita tidak tau lagi. Jadi saya ada lagi seminggu untuk persiapkan pasukan,” kata Zainal dalam sidang media selepas perlawanan.

Melaka United berdepan tugas sukar menjelang perlawanan kedua di Kuantan apabila tewas 3-0 dalam perlawanan pertama mereka. Walaupun berjaya menghalang Pahang menjaringkan gol di separuh masa pertama, Melaka bolos tiga gol di separuh masa kedua apabila Lazarus Kaimbi, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Dickson Nwakaeme menjaringkan gol.

 

Kredit foto: Melaka United Soccer Association – MUSA

Comments