Abu Bakar Fadzim mahu anak buahnya beri saingan kepada JDT

Khairul Nizam Khairul Nizam

Mungkin mahu mengambil inspirasi daripada kejayaan Petaling Jaya City menumpaskan Johor Darul Ta’azim pada musim lalu, kini PKNP pula bercita-cita mahu melakukan perkara yang sama.

Pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim mahu anak buahnya meneruskan rentak kemenangan selepas mereka berjaya menewaskan UiTM FC 2-0 dalam perlawanan terakhir mereka.

“Saya mahu PKNP FC memberi saingan kepada JDT kerana kami juga sudah menemui rentak permainan apabila berjaya mencipta kemenangan hasil perlawanan sebelum ini.

“Penting untuk kami dapatkan mata walaupun bermain di laman sendiri bukan satu jaminan buat PKNP FC kerana tugas berat menanti kami, bertemu dengan JDT,” kata Abu Bakar Fadzim seperti dilaporkan Utusan Malaysia. 

PKNP FC kini berada di tangga kedua Kumpulan B hasil kemenangan ke atas UiTM itu. Tetapi mereka berkongsi mata yang sama dengan Petaling Jaya City yang berada di tangga ketiga yang menewakan mereka dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia pada 3 Ogos yang lalu.

Anak buah Abu Bakar Fadzim pastinya mahu menggunakan Piala Malaysia sebagai tempat mereka melepaskan amarah selepas sah tersingkir daripada Liga Super bagi musim hadapan. Dua perlawanan berturut berdepan JDT mampu menentukan sama ada PKNP FC layak ke suku akhir atau tidak, bermula dengan perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung esok.

 

Kredit foto: Malaysia Football League

Comments