Tok Gajah mahu guna kelebihan ‘set piece’ untuk musnahkan lawan

Khairul Nizam Khairul Nizam

Dengan pemain seperti Herold Goulon, Dickson Nwakaeme, Lazarus Kaimbi dan juga Safuwan Baharuddin, Pahang semestinya antara pasukan yang digeruni ketika situasi set piece.

Oleh sebab itu, bagi menambahkan lebih bisa ketika situasi demikian, skuad Tok Gajah nampaknya mahu memperkemas taktik mereka dalam situasi ‘set piece’.

Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh dalam satu laporan Harian Metro nampaknya telah mendedahkan mengenai senjata yang tidak berapa rahsia mereka yang pastinya bakal mengundang kegerunan kepada pihak lawan.

“Memang kita banyak buat percubaan melalui ‘set piece’ ketika sesi latihan dan kebanyakannya berjaya menghasilkan gol.

“Jadi, saya mahu mereka (pemain) menggunakan sebaik mungkin peluang ketika sepakan percuma,” kata Dollah.

Pahang kini berada di tangga teratas Kumpulan C hasil dua kemenangan mereka setakat ini. Selepas ini anak buah Dollah Salleh akan bertandang ke Likas untuk berdepan juara Liga Premier, Sabah pada 17 Ogos sebelum sekali lagi berdepan mereka di Darul Makmur pada 24 Ogos.

Pahang menang bergaya dalam dua perlawanan awal mereka apabila menundukkan Pulau Pinang 3-1 dan kemudiannya menewaskan juara bertahan Piala Malaysia, Perak, 3-0. Kedua-dua perlawanan berlangsung di Kuantan.

 

Kredit foto: Johor Southern Tigers

Comments