Giliran Achmad Jufriyanto tinggalkan Kuala Lumpur

Biarpun diumumkan akan terus menyarung jersi Kuala Lumpur musim ini di awal musim, tetapi nampaknya jodoh pemain Indonesia, Achmad Jufriyanto bersama City Boys tidak panjang.

Pemain pertahanan itu nampaknya bakal meninggalkan Kuala Lumpur tanpa beraksi langsung pada musim ini ekoran kecederaan. Jufriyanto dilihat telah memuat naik ucapan selamat tinggalnya kepada Kuala Lumpur di laman Instagram peribadinya.

Bekas ketua pasukan Persib Bandung itu mengalami kecederaan ketika pra musim dan dengan kurangnya pemain di posisi pertahanan untuk Kuala Lumpur, mereka nampaknya perlukan penyelesaian segera.

Jufriyanto beraksi dalam 17 perlawanan untuk Kuala Lumpur musim lalu dan merupakan sebahagian daripada pemain yang membantu Kuala Lumpur kekal di Liga Super.

Kuala Lumpur yang tewas dua perlawanan awal mereka dengan melepaskan tujuh gol hanya mempunyai enam hari untuk mencari pengganti bagi mengisi slot pemain Asia Tenggara yang sebelum ini diisi oleh pemain yang terkenal dengan gelaran Jupe ini.

 

Kredit foto: Kuala Lumpur Hawks

Comments