Terima kasih JDT, terima kasih Tunku Mahkota – Samuel Somerville

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Setelah empat tahun berkhidmat dengan pasukan simpanan Johor Darul Ta’zim (JDT) atau lebih dikenali sebagai JDT II, penjaga gol kacukan England-Malaysia, Samuel Jacob Somerville mengumumkan meninggalkan pasukan tersebut dan menyertai FA Penang.

Pihak FA Penang turut mengumumkan penyertaan penjaga gol berusia 25 tahun tersebut bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2020 menerusi satu hantaran di laman sosial rasmi mereka, semalam.

SELAMAT DATANG..!Samuel Somerville Kini Harimau Kumbang..!Samuel Somerville penjaga gol yang berusia 25 tahun yang…

Posted by FA Penang on Sunday, November 10, 2019

 

Sementara itu, menerusi satu muat naik Instagram Story, Samuel Somerville mengucapkan terima kasih kepada JDT dan juga pemiliknya, Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim kerana memberikan peluang kepadanya menjadi sebahagian daripada sejarah kelab Harimau Selatan.

“Kepada semua yang terlibat dengan JDT. Terima kasih untuk empat tahun yang sudah, saya berbangga menamatkan dalam kedudukan empat teratas dalam empat musim saya di JDT II dan semestinya kemenangan Piala Cabaran merupakan pengalaman yang paling saya tidak dapat lupakan.

Foto: JST

“Terima kasih kepada keluarga JDT yang bersama dengan saya semasa senang dan susah dalam tempoh empat tahun ini. Johor akan sentiasa menjadi sebagai sebuah kelab dan tempat yang berada dekat di hati saya.”

“Dan yang paling penting, Tunku Mahkota Ismail. Apa yang dilakukan Tunku Mahkota untuk JDT dan bola sepak Malaysia sangat hebat… Terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk menjadi sebahagian daripada sejarah kelab Tunku untuk empat tahun ini.”

“Tiba masanya untuk saya buktikan diri jauh daripada keluarga JDT… Ia merupakan sebuah cabaran yang amat saya nantikan.” tulis Samuel menerusi laman sosial peribadinya itu.

Foto: JOHOR Southern Tigers

Comments