Terengganu City FC tampil jelaskan dakwaan bekas physio

Selepas pendedahan daripada bekas physio Hanelang dan Terengganu City FC semalam, pihak Terengganu City FC (TCFC) tampil dengan penjelasan mereka.

Seorang sumber dalaman dari kelab berkenaan telah menghubungi kami untuk menjelaskan mengenai dakwaan daripada Fortunella Levyana berkenaan kes tunggakan gajinya oleh pihak mereka.

“Pasal TCFC ambik dia musim lepas, kontrak dia memang dari Januari 2017 sampai Disember 2017. Tapi selepas 3 bulan, dia sendiri yang minta balik Indonesia, sebab dia ada kes makamah dengan suaminya. Jadi gaji dia 3 bulan tahun lepas memang dah bayar, setel, tiada isu.

“Musim 2018 beliau dilantik menjadi physiotherapist Hanelang FC dan selepas kelab dari Hulu Terengganu itu menarik diri, penaja Tulangis Group mengambil keputusan untuk meletakkan Nella dalam pasukan Terengganu City dengan bayaran gaji beliau ditanggung oleh pihak penaja untuk membantu beliau. Dan musim 2018 ni, dari awal musim memang TCFC dah ada fisio, Muhamad Shadiduddin yang didaftarkan dengan FAM. So nama Nella mmg tiada dalam rekod pendaftaran kami.

“Oleh itu gaji dia yang tertunggak dengan Hanelang tahun ni tu saya memang tidak tahu, tapi selepas Hanelang tutup, penaja bawa dia masuk TCFC, tapi kelab tidak daftarkan Nella kerana sudah ada pyhsio sendiri dari awal musim.”

Semoga isu di antara Fortunella dan Hanelang FC serta TCFC ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin. Tidak enak melihat bolasepak Malaysia dilanda masalah seperti ini terutamanya apabila melibatkan dua negara.

 

Comments