Laporkan diri lebih awal jika tak main Piala Malaysia

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Kepada pemain-pemain skuad kebangsaan yang tidak terlibat dengan saingan Piala Malaysia 2019, ada sedikit pesanan yang diberikan oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe. 

“Kepada yang tidak terlibat dengan Piala Malaysia perlu (melaporkan diri) di kem latihan lebih awal”

“Kita tidak mencapai tahap yang terbaik dan kita perlu bekerja lebih keras untuk memastikan kita di landasan terbaik” katanya seperti dipetik daripada New Straits Times.

Saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia dijadualkan pada 19 oktober manakala perlawanan timbal balik jatuh pada 26 oktober.

Perlawanan akhir pula dijadualkan selang seminggu kemudian, iaitu pada 2 november.

Jika dilihat kepada 23 pemain yang dibawa oleh Tan Cheng Hoe ke Hanoi untuk beraksi menentang Vietnam, khamis lalu, terdapat 8 pemain yang tidak terlibat dengan saingan separuh akhir Piala Malaysia.

Mereka ialah Hafizul Hakim, Irfan Zakaria, Shahrul Saad, Nazirul Naim, Brendan Gan, Azzizan Nordin, Akram Mahinan dan Danial Amier.

Dominic Tan juga tidak terlibat dengan saingan Piala Malaysia tetapi ketika ini beliau bermain bersama kelab Thailand, Police Tero dan mempunyai baki dua perlawanan saingan Thai League 2 untuk diharungi.

🔥 Tahniah buat keempat-empat pasukan Johor Darul Ta’zim, Kedah, Pahang dan Selangor yang mara ke peringkat separuh akhir…

Posted by Malaysian Football League on Sunday, 29 September 2019

 

Mengulas berkenaan prestasi pemain-pemainnya ketika menentang skuad Naga Emas, Tan Cheng Hoe tampak berpuas hati termasuk prestasi tiga orang pemain berdarah kacukan iaitu Corbin-Ong, Matthew Davies dan Brendan Gan.

Bagaimanapun, menjelang perlawanan melibatkan peringkat Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang seterusnya menentang Thailand dan Indoensia, pengendali berusia 51 tahun ini mahukan persembahan yang lebih cemerlang.

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Thursday, 10 October 2019

 

“Mereka bermain dengan baik, memberikan kestabilan kepada pasukan namun mereka perlu tingkatkan lagi prestasi namun bukan melibatkan 11 orang pemain sahaja. Sepatutnya 23 pemain perlu bersedia pada bila-bila masa untuk menyarung jersi kebangsaan.

“Untuk persiapan perlawanan seterusnya, kami akan gandakan usaha untuk memastikan kami mendapat mata maksimum untuk meletakkan kami di landasan yang tepat,” jelasnya lagi.

Perlawanan menentang Thailand dijadualkan pada 14 november manakala aksi menentang Indonesia bakal berlangsung selang lima hari kemudian. Kedua-dua perlawanan akan mengambil tempatnya di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Foto: Football Association of Malaysia / Kamarul Akhir

Comments