Harimau perlu ‘move on’, beri tumpuan kepada aksi di Bukit Jalil

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengajak para pemain dan juga penyokong-penyong Malaysia untuk melupakan kekalahan 0-1 di tangan Vietnam, khamis lalu.

Sejujurnya beliau akui kecewa gagal mengutip sebarang mata ketika menentang pasukan berada di tangga ke-99 dunia dalam perlawanan peringkat Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. 

Ia sekaligus meletakkan Malaysia di tangga ke-4 dengan 3 mata hasil daripada 3 perlawanan.

Posted by Asian Football Confederation on Friday, October 11, 2019

 

Bagaimanapun, pengendali berusia 51 tahun ini lebih gemar untuk mengalihkan tumpuan seterusnya kepada aksi menentang Thailand dan Indonesia di laman sendiri, Stadium Nasional Bukit Jalil yang dijadualkan pada 14 dan 19 november depan.

“Satu kerugian apabila kita gagal mengutip mata di Hanoi dan pemain juga beraksi bukan pada tahap sebenar. Kita perlu menggandakan lagi usaha kita untuk pastikan kita mendapat mata maksimum selepas ini,” katanya seperti dipetik daripada BH Online.

2022 World Cup/2023 Asian Cup Qualifiers | Thursday, 10th October 2019Full TimeVIETNAM 1-0 MALAYSIANguyen Quang Hai…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Thursday, October 10, 2019

 

Pada masa yang sama, Tan Cheng Hoe menggesa para pemainnya mengambil pengajaran daripada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional My Dinh. 

Beberapa kelemahan yang terdapat pada Harimau Malaya bakal diberikan tumpuan oleh Cheng Hoe sebelum dua perlawanan tersebut.

“Kita belum lagi berada pada tahap terbaik dan bukan itu saja, pemain juga perlu belajar sesuatu daripada perlawanan ini kerana dua aksi itu sangat penting buat kita.

“Kalau mahu dapatkan keputusan terbaik, kita perlu jadi bertambah baik dan pemain seharusnya meningkatkan prestasi masing masing.” katanya lagi.

Foto: Football Association of Malaysia / Kamarul Akhir

Comments