Sukar untuk menembusi ‘Tembok Besi’ Vietnam

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Kehebatan pertahanan pasukan Vietnam ketika bertahan bagaikan ‘Tembok Besi’ di atas padang dan sememangnya menyukarkan skuad kebangsaan, Harimau Malaya untuk menembusi mereka.

Turut mengakui kekebalan benteng pertahanan Vietnam adalah penyerang Harimau Malaya, Syafiq Ahmad.

Beliau yang sebelum ini menjaringkan lima gol dalam tiga perlawanan bukan sahaja gagal untuk menjaringkan sebarang gol malah turut tidak berpeluang untuk melakukan percubaan berbahaya ke arah gawang lawan yang dikawal Dang Vang Lam.

“Kita tahu Vietnam bermain dengan baik, mempunyai sistem pertahanan yang baik menjadikan mereka susah untuk ditembus.

“Saya mengaku saya agak bergelut mencari ruang untuk bermain tadi.

“Mereka (Vietnam) juga mempunyai pemain pertahanan yang baik dan bermain dengan lima pertahanan jadi memang susah untuk kita nak masuk ke dalam kawasan kotak penalti mereka,” kata penyerang berusia 24 tahun seperti dipetik daripada Bernama.

CHÍNH THỨC | ĐỘI HÌNH XUẤT PHÁT CỦA ĐT VIỆT NAM TRONG TRẬN ĐẤU VỚI ĐT MALAYSIA TẠI VÒNG LOẠI WORLD CUP 2022 #VongloaiWorldCup2022 #WorldCup #VIEvMAS #VFFChannel

Posted by Liên đoàn Bóng đá Việt Nam – VFF on Thursday, 10 October 2019

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional My Dinh, percaturan ketua jurulatih skuad Vietnam, Park Hang-seo mengarahkan anak-anak buahnya bermain dengan formasi 5-3-2 ketika Malaysia memegang bola nyata membuahkan hasil.

Turut berada di barisan belakang untuk memastikan mereka dapat menyerap asakan dengan baik selain daripada memastikan tidak dibolosi oleh Malaysia adalah Doan Van Hau, pertahanan yanh sedang beraksi di Liga Belanda bersama SC Heerenveen.

Foto: Football Association of Malaysia

Comments