Ramalan Malaysia XI menentang Vietnam pilihan Editor FOX Sports

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Skuad Malaysia bimbingan Tan Cheng Hoe akan turun ke Stadium Nasional My Dinh untuk menentang pasukan Vietnam bagi aksi pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, malam ini.

Berikut kami tampilkan ramalan kesebelasan utama skuad Malaysia berdasarkan formasi 4-2-3-1 hasil perbincangan lima orang Editor FOX Sports Malaysia;

Penjaga gol: Farizal Marlias

Foto: FAM

Penjaga gol No.1 Malaysia dan pilihan utama Tan Cheng Hoe. Kami turut meramalkan penjaga gol Johor Darul Ta’zim ini akan terus dipilih sebagai penjaga gawang menentang Vietnam, malam ini.

 

Bek Kanan: Matthew Davies

Foto: FAM

Berada dalam prestasi terbaik bersama skuad kebangsaan. Dua assist ketika menentang Indonesia dan UAE sudah memadai untuk menceritakan bagaimana impak diberikan oleh Matt Davies ketika melakukan overlapping membantu bahagian serangan Malaysia.

 

Bek Tengah: Aidil Zafuan

Foto: FAM

Beliau dipanggil kembali oleh Tan Cheng Hoe untuk memperkemaskan benteng pertahanan selain daripada memiliki pengalaman luas di pentas antarabangsa. Suara lantangnya diperlukan untuk mengatur barisan pertahanan dengan lebih kemas.

 

Bek Tengah: Shahrul Saad

Foto Kredit: MFL

Merupakan pertahanan tengah terbaik Malaysia ketika ini. Beberapa perlawanan sebelum ini sedikit terumbang ambing prestasinya namun dijangka gandingan beliau bersama Aidil Zafuan akan memperkemaskan lagi benteng pertahanan Harimau Malaya.

 

Bek Kiri: La’vere Corbin Ong

Foto: FAM

Sepertimana Matthew Davies, Corbin Ong penting dalam game plan Tan Cheng Hoe yang memerlukan kedua-dua pemain bek sisi aktif naik untuk membantu jentera serangan Malaysia. 

 

Pemain Tengah: Brendan Gan

Foto: Sportflex

Tiada siapa dalam skuad Harimau Malaya yang dapat memainkan peranan box-to-box midfielder dengan lebih berkesan berbanding pemain kacukan Malaysia-Australia ini. Perlawanan menentang Vietnam nanti membolehkan dia lebih banyak berperanan di bahagian serangan memandangkan pemain seterusnya akan bertindak selaku pemain yang lebih defensif di tengah.

 

Pemain Tengah: Akram Mahinan

Foto: PFA Malaysia

Gandingan kepada Brendan Gan di bahagian tengah kami ramalkan akan diberikan kepada Akram Mahinan. Dia telah menunjukkan keserasian yang baik semasa menentang Sri Lanka tempoh hari. Walaupun lebih banyak berperanan selaku defensive midfielder namun pada perlawanan lalu Akram juga menonjolkan kemampuannya untuk bermain selaku playmaker atau pemain jenis No.8.

 

Pemain Tengah Menyerang Kanan: Mohamadou Sumareh

Foto: FAM

Menurut senarai 23 pemain yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), nama Sumareh kembali tersenarai selepas beliau disisihkan ketika perlawanan menentang Sri Lanka, sabtu lalu. Oleh itu, kami meramalkan pemain serba lincah dan laju ini akan mengisi posisi attacking midfielder right (AMR) dan akan membentuk gandingan mantap bersama Matt Davies di bahagian kanan.

 

Pemain Tengah Menyerang: Syafiq Ahmad

Foto: FAM

Pemain berusia 24 tahun ini telah menjaringkan 5 gol dalam 3 penampilan terakhir bersama pasukan Malaysia. Selain daripada berkebolehan menjaringkan gol, Syafiq turut menunjukkan kebolehannya untuk memainkan peranan selaku pemain No.10 kreatif untuk merencanakan serangan buat Harimau Malaya.

 

Pemain Tengah Menyerang Kiri: Safawi Rasid

Foto: FAM

Antara penyerang terbaik tempatan yang ada dalam skuad Harimau Malaya. Sungguhpun kurang memberangsangkan dari segi jumlah jaringan, gerakan lincahnya amat diperlukan untuk menembusi benteng pertahanan lawan. Sebagai bonus, Safawi berkebolehan untuk menjaringkan gol daripada situasi bola mati.

 

Penyerang: Norshahrul Idlan Talaha

Foto: FAM

Suka atau tidak, nama penyerang senior ini akan terus menjadi pilihan Tan Cheng Hoe di bahagian hadapan. Mungkin bilangan golnya pada akhir-akhir tidak begitu memberangsangkan tetapi beliau mempunyai peranan untuk menarik pertahanan lawan keluar daripada posisi mereka di mana sukar untuk dimainkan oleh pemain lain. 

 

Featured Image: Football Association of Malaysia

Comments