Brendan, Akram ‘enjin’ baharu Tan Cheng Hoe?

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe dilihat menggandingkan Brendan Gan dan Akram Mahinan dalam formasi kegemarannya, 4-2-3-1 ketika menentang Sri Lanka dalam perlawanan antarabangsa, tempoh hari.

Pengendali berusia 51 tahun itu membuat keputusan untuk menguji gandingan tersebut selepas melihat Nor Azam Azih yang bergandingan bersama Brendan Gan sebelum ini cedera dan dijangka tidak dapat pulih sepenuhnya menjelang perlawanan menentang Vietnam, khamis ini.

Tier 1 International Match I Saturday, 5th October 2019Starting XIMALAYSIA vs SRI LANKANational Stadium, Bukit…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Saturday, October 5, 2019

 

Jika diimbas kembali pada perlawanan menentang Sri Lanka, gandingan Brendan Gan dan Akram Mahinan turut memberikan kekuatan serangan sebagaimana ketika Nor Azam Azih bermain.

Brendan Gan masih kekal dengan tugasan selaku pemain box-to-box di mana dia turun dan naik dengan bola atau tanpa bola untuk membantu serangan dan pertahanan. Beliau turut melakukan beberapa hantaran kepada rakan sepasukan berdekatan kotak penalti.

Akram Mahinan seperti yang kita semua tahu lebih kepada seorang yang bersifat defensif, namun ketika perlawanan sabtu lepas, pemain PKNS FC ini menggalas tugas yang ditinggalkan oleh Nor Azam selaku playmaker di bahagian tengah Malaysia dengan baik. 

Akram turut berkebolehan melakukan long pass dan anda boleh saksikannya ketika gol ke-3 Malaysia dijaringkan. Akram menghantar bola tepat kepada Safawi. Sebagai bonus, beliau yang bersifat sedikit defensif memberikan benteng pertahanan Malaysia sedikit perlindungan daripada ancaman pihak lawan.

Cheng Hoe turut mencuba beberapa pemain tengah yang lain dalam perlawanan yang sama. Azzizan Nordin dan Halim Saari dimasukkan sekitar minit ke-70 permainan. Dengan 20 minit permainan, tidak banyak yang dapat ditampilkan oleh kedua-duanya.

Gandingan kedua-dua pemain ini jelas memberikan kestabilan kepada skuad Harimau Malaya ketika menentang Sri Lanka, sebuah pasukan yang menghuni tangga ke-202 dunia. Menentang skuad Golden Dragon di Stadium Nasional My Dinh kelak, sekiranya tiada isu kecederaan atau sebagainya, Tan Cheng Hoe pastinya akan mempertaruhkan ‘enjin’ baharu ini.

Bagaimanakah prestasi mereka? Sama-sama kita nantikan.

Foto: PFA Malaysia 

Comments