Player Rating: Gol awal Syafiq Ahmad gagal tundukkan UAE di Bukit Jalil

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Malaysia tewas tipis 2-1 di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi kedua Kumpulan G, pusingan ke-2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Berikut adalah rating yang diberikan kepada pemain-pemain Harimau Malaya oleh FOX Sports:

GK: Farizal Marlias (6.5/10) – Bolos dua gol. Dua gol yang tidak dapat diselamatkan hasil kesilapan benteng pertahanan. 

 

DF: Matthew Davies (7.5/10) – Melakukan assist untuk gol pembukaan Malaysia. Larian overlapping pemain kacukan ini tidak boleh dipertikaikan lagi. Dan hantaran ke dalam kotak penalti amat efektif! Aspek pertahanan juga cemerlang.

 

DF: Shahrul Saad (5/10) – Memandangkan bahagian tengah Malaysia banyak memusnahkan gerakan-gerakan UAE di bahagian tengah, beliau tidak banyak dicabar di bahagian bawah. Tetapi, Shahrul sekadar menjadi ball watcher ketika Ali Mabkhout menjaringkan gol penyamaan.

 

DF: Adam Nor Azlin (5.5/10) – Babak kedua Adam kelihatan sedikit menyerlah. Beberapa menghadang dan mengeluarkan bola yang menerjah ke dalam kotak penalti. Sedikit lambat larian oleh Adam menyebabkan UAE mendapat gol kemenangan.

 

DF: Corbin Ong (6.5/10) – Beraksi baik ketika menyerang membantu Safawi dan Sumareh di bahagian kiri tetapi ketika bertahan, sering lari dari posisinya. UAE berjaya tembus melalui bahagiannya dan berhasil untuk melakukan hantaran ke dalam kotak penalti, dan gol. 

 

MF: Brendan Gan (8/10) – Hebat! Seperti kebiasaan naik dan turun untuk membantu bahagian serangan dan pertahanan. 

 

MF: Nor Azam Azih (8/10) – Sang Arkitek untuk Harimau Malaya pada malam ini. Bijak dalam menentukan samada untuk melakukan hantaran pendek atau jauh kepada rakan sepasukan. Seperkara yang perlu dipuji ialah Azam sentiasa berada di posisinya, tidak bertindih dengn Brendan Gan. 

 

LMF: Safawi Rasid (6.5/10) – Sayang sekali satu percubaannya hanya mencium tiang.

 

AMF: Syafiq Ahmad (7/10) – Menanduk masuk gol seawal minit pertama. Rajin turun ke bahagian tengah untuk mendapatkan bola. Turut memainkan peranan untuk menekan pihak lawan. Minit ke-76 dikeluarkan oleh Tan Cheng Hoe digantikan dengan Akhyar Rashid.

 

RMF: Mohamadou Sumareh (7.5/10) – Larian-lariannya acap kali mengatasi pertahanan lawan. Selain itu, Sumareh juga bijak dalam melakukan through pass atau lob ball kepada rakan sepasukan untuk menyerang. Keluar pada minit ke-66.

 

FW: Norhahrul Idlan Talaha (5/10) – Beberapa peluang terhidang tidak disempurnakan. Dikeluarkan oleh Tan Cheng Hoe pada babak kedua, minit ke-61.

 

Pemain Gantian

 

RMF: J. Partiban (6/10) – Masuk pada minit ke-61 menggantikan Norshahrul Idlan Talaha. Hanya memiliki kepantasan tetapi tidak begitu memberikan impak ketika skuad negara amat memerlukan jaringan.

 

AMF: Syamer Kutty (6/10) – Masuk pada minit ke-66 menggantikan Mohamadou Sumareh. Acap kali mendapat peluang masuk menerusi bahagian kanan tetapi tidak dapat melakukan hantaran ke dalam kotak penalti.

 

LMF: Akhyar Rashid (6/10) – Masuk pada minit ke-77 menggantikan Syafiq Ahmad. Gerakannya menarik tetapi faktor fizikalnya membataskan pergerakan beliau lebih-lebih lagi UAE memiliki saiz yang lebih besar.

Featured Image: FAM

Comments