Ramalan Malaysia XI menentang UAE pilihan Editor FOX Sports

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Skuad Malaysia bimbingan Tan Cheng Hoe akan melayan kunjungan pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi aksi kedua Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Berikut kami tampilkan ramalan kesebelasan utama skuad Malaysia berdasarkan formasi 4-2-3-1 hasil perbincangan lima orang Editor FOX Sports Malaysia:

Penjaga Gol: Farizal Marlias

Foto: FAM

Melepaskan dua gol ketika menentang Indonesia pada perlawanan lalu namun ia lebih kepada kesilapan skuad Malaysia itu sendiri yang alpa ketika bertahan. Secara keseluruhan beliau beraksi dengan baik dan masih lagi menjadi sandaran No.1 di posisi ini untuk skuad Harimau Malaya.

 

Bek Kanan: Matthew Davies

Foto: FAM

Hantaran lintang rendahnya memastikan Malaysia berjaya merakamkan kemenangan 3-2 di Stadium Gelora Bung Karno, khamis lalu. Cukup cemerlang ketika melakukan overlapping untuk membantu pasukan menyerang. Cumanya, perlu lebih peka untuk turun membantu barisan pertahanan apabila diserang.

 

Bek Tengah: Shahrul Saad

Foto: Malaysian Football League

Diakui pada pertemuan menentang Indonesia, aksinya tidak begitu memberangsangkan namun pada babak kedua, persembahannya bertambah baik. Apa pun Shahrul pertahanan terbaik Malaysia ketika ini dan kelebihan aspek fizikalnya adalah sesuatu yang amat diperlukan di barisan pertahanan negara.

 

Bek Tengah: Adam Nor Azlin

Foto: JOHOR Southern Tigers

Sama seperti Shahrul Saad, tidak begitu bagus persembahannya pada perlawanan lalu. Namun, Adam masih gandingan paling meyakinkan bersama Shahrul untuk duo pertahanan tengah skuad kebangsaan.

 

Bek Kiri: La’Vere Corbin-Ong

Foto: FAM

Sepertimana Matthew Davies, kehadiran Corbin-Ong menjadi nilai tambah kepada skuad kebangsaan ketika naik ke atas untuk membantu serangan. Teknik lontaran jauh ke dalam pastinya akan memberi kejutan kepada pasukan UAE. Perlu tingkatkan dari segi aspek pertahanan. 

 

Pemain Tengah: Brendan Gan

Foto: FAM

Antara pemain terbaik ketika menentang Indonesia. Banyak mematikan serangan-serangan Indonesia di bahagian tengah. Tiada sebab untuk menggantikannya dengan pemain lain lebih-lebih lagi Brendan terlibat secara langsung merencanakan 2 gol yang dijaringkan oleh Mohamadou Sumareh.

 

Pemain Tengah: Akram Mahinan

Foto: FAM

Kami memilih Akram Mahinan untuk bergandingan bersama Brendan Gan di tengah pada malam ini. Melihatkan kepada aksi Malaysia tempoh hari, barisan pertahanan kita tiada perlindungan daripada seorang defensive midfielder dan Akram Mahinan menjadi nama yang sesuai untuk beraksi disitu pada malam ini.

 

Sayap Kanan: Mohamadou Sumareh

Foto: FAM

Tidak perlu diperkatakan lagi. Pemain naturalisasi ini telah membuktikan beliau perlu berada dalam kesebelasan utama Harimau Malaya. Berstamina tinggi, versatil dan mempunyai kemampuan untuk menjaringkan gol. 

 

Pemain Tengah Menyerang: Syafiq Ahmad

Foto: FAM

Pada babak pertama ketika menentang Indonesia, aksinya kurang menyerlah. Namun selepas menjaringkan gol penyamaan, penyerang berusia 24 tahun ini semakin mendapat rentaknya. Perlu tingkatkan lagi kesefahaman dan keserasian bersama penyerang di hadapannya.

 

Sayap Kiri: Safawi Rasid

Foto: FAM

Tampil dua kali ketika menentang Jordan dan Indonesia. Peminat masih menantikan jaringan daripadanya. Banyak percubaan telah dilakukan tetapi tuah belum berpihak kepada Safawi. Beliau amat diperlukan di bahagian sayap kiri selain mempunyai kebolehan untuk bertukar posisi bersama Sumareh di sayap kanan.

 

Penyerang: Norshahrul Idlan Talaha

Foto: FAM

Menentang Indonesia, Matyo kurang menyerlah. Pemain senior ini bagaikan terasing di atas dan kurang mendapat suapan bola daripada rakan sepasukan. Bagaimanapun, pengalaman Matyo diperlukan di atas padang untuk menentang pasukan berkualiti seperti UAE. 

 

Featured Image: FAM

Comments