#Throwback: Kekalahan 0-10 masih dalam ingatan Matt Davies

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Kekalahan besar 0-10 di tangan pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sekitar empat tahun lalu masih berbekas di ingatan pemain kacukan Malaysia-Australia, Matthew Davies.

Pertahanan kanan kebangsaan yang beraksi cemerlang ketika menentang Indonesia tempoh hari sempat melontar kembali momen terburuk melibatkan skuad kebangsaan ketika tewas kepada pasukan UAE di Stadium Mohamed Zayed, Abu Dhabi.

“Saya masih ingat aksi itu dan ia merupakan kali pertama saya mendapat panggilan menyertai skuad kebangsaan. Ketika itu saya berada di bangku simpanan dan melihat perlawanan tersebut.” katanya seperti dipetik daripada Utusan Online.

Senarai pemain & pegawai untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019, UAE lwn Malaysia, malam ini

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Thursday, September 3, 2015

 

Bagaimanapun, Davies berharap momen terburuk tersebut tidak berulang ketika pertemuan menentang UAE pada selasa ini bagi aksi ke-2 Kumpulan G saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Malah, beliau melahirkan keyakinan tinggi skuad Harimau Malaya yang terdiri daripada pemain muda berbakat dan pemain berpengalaman pada hari ini berupaya memberikan saingan sengit kepada pasukan pelawat walaupun dibimbing oleh bekas jurulatih skuad kebangsaan Belanda, Bert van Marwijk.

Pada masa yang sama, bek kanan Pahang ini juga yakin barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Tan Cheng Hoe pastinya sudah mencongak strategi dan taktikal bersesuaian sebagai persiapan untuk menentang UAE yang turut diperkuatkan dengan kehadiran pemain bintang, Omar Abdulrahman.

“Tetapi sekarang saya bermain dengan pasukan yang memiliki pemain berbeza. Saya rasa dengan barisan pemain muda dan corak permainan berbeza diterapkan jurulatih, kita mampu lakar keputusan positif.

“Kami akan turun ke padang untuk mencatat kemenangan di hadapan penyokong sendiri. Saya tahu kita perlu positif dan realistik apabila bertemu pasukan di ranking jauh lebih tinggi daripada kita,” katanya lagi.

Tamat perlawanan #WCQ2018 di Stadium Shah Alam:MALAYSIA 1-2 UAEGol: Baddrol Bakhtiar 59'; Omar Abdulrahman 22' Ahmed Khalil 52'

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Tuesday, November 17, 2015

 

Untuk rekod, selain daripada tewas 0-10 di Stadium Mohamed Ziyad pada 3 september 2015, skuad Malaysia berhasil mencatatkan keputusan sedikit positif di Stadium Shah Alam dengan hanya tewas 2-1 kepada pasukan UAE ketika aksi timbal balik pada 8 september 2015.

Foto: Football Association of Malaysia

Comments