Setiausaha Agung PSSI, Ratu Tisha enggan mengulas lanjut rusuhan di Stadium GBK

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Tamat sahaja perlawanan di antara Indonesia menentang Malaysia, penyokong-penyokong Malaysia tidak dapat meninggalkan Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK) ekoran rusuhan terjadi di situ.

Berdasarkan laporan daripada Bolasport.com, Setiausaha Agung Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Ratu Tisha dilihat menghampiri Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Mohd. Amin di depan pintu VIP.

Walaupun agak kecoh di luar stadium, Ratu Tisha dilihat mesra bersama kedua-dua tetamu VIP dari Malaysia itu.

Pihak media cuba mendapatkan respon daripada Ratu Tisha berkenaan insiden tersebut, namun beliau tidak mahu mengulas lanjut dan hanya menjawab, “nanti saja, nanti saja,”

Sehingga artikel ini ditulis, belum dapat dipastikan samada kesemua delegasi VIP dan para penyokong Malaysia berjaya keluar daripada Stadium Utama Gelora Bung Karno ataupun tidak.

FOX Sports MY akan cuba mendapatkan perkembangan lanjut mengenai rusuhan dan kekecohan di sana dari semasa ke semasa.

Foto: Instagram Ratu Tisha

Comments