Huru-hara! Penyokong Malaysia dibaling batu di Stadium GBK

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Keadaan huru-hara berlaku di Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK) apabila sekumpulan penyokong Malaysia yang bertandang ke sana untuk menyaksikan perlawanan di antara Indonesia dan Malaysia dibaling batu.

Situasi itu sempat dirakam Muhammad Amir ketika ingin masuk ke dalam stadium pada petang tadi. Beliau berkongsi rakamannya itu menerusi akaun twitternya, @muhammadamir_00

Seorang lagi pengguna twitter, Taslim Razin, @manarianz5 turut berkongsikan keadaan di perkarangan stadium di kota Jakarta tersebut. Keadaan tidak begitu terkawal sebagaimana jaminan badan induk bola sepak mereka, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI).

Perkara yang sama turut diakui oleh Coach Shazwan Wong turut terbang ke Jakarta untuk menyaksikan aksi pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Indonesia dan Malaysia.

Menerusi twitternya, @WanShazwan6 beliau mengakui dihujani dengan balingan batu di pintu masuk stadium terbabit.

Diharapkan penyokong-penyokong Malaysia yang berada di sana dalam keadaan selamat.

Comments