FIFA Ranking: Malaysia panjat satu anak tangga, duduki tempat ke-158

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Satu perkhabaran positif buat skuad bola sepak kebangsaan apabila kemaskini terbaru ranking dunia FIFA memperlihatkan Malaysia memanjat satu anak tangga sekaligus menduduki tempat ke-158 dunia berbanding tempat ke-159 sebelum ini.

Peningkatan kedudukan itu hasil daripada kemenangan skuad Harimau Malaya 3-2 ke atas Indonesia, 5 september dan dua kekalahan tipis 0-1 di tangan pasukan Jordan, 30 Ogos dan 1-2 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 10 september lalu.

Dua pencabar Malaysia dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 peringkat Kumpulan G melibatkan juara Piala AFF 2018, Vietnam kekal mendahului dalam kalangan negara ASEAN dengan menduduki tangga ke-99 dunia, walaupun jatuh dua anak tangga. 

Manakala, Thailand yang turut jatuh satu anak tangga pula berada di kedudukan ke-114 dunia. 

Skuad jiran tetangga, Indonesia yang tewas 3-2 dan 3-0 masing-masing di tangan Malaysia dan Thailand dalam aksi kelayakan piala dunia awal september lalu menduduki tangga ke-167 dunia, jatuh tujuh anak tangga berbanding ranking sebelum ini.

Foto: Football Association of Malaysia

Comments