Kostas Manolas lengkapkan perpindahan ke Napoli

Setelah 5 tahun di AS Roma, Kostas Manolas telah melengkapkan perpindahan ke Napoli.

Manolas dilaporkan telah melengkapkan perpindahannya yang bernilai €36 juta ke Napoli daripada Roma setelah selesai menjalani ujian kesihatan.

Roma mengumumkan pada 30 Jun bahawa pemain berusia 28 tahun ingin berangkat ke kelab seteru Serie A mereka dan ia telah menjadi kenyataan dengan pemain itu telah mengikat kontrak selama 5 tahun bersama Napoli.

Presiden Napoli, Aurelio De Laurentlis telah mengesahkan perpindahan tersebut dengan mengumumkan “Selamat Datang” dalam laman twitternya awal hari ini diikuti oleh laman twitter rasmi kelab tersebut.

Pemain kebangsaan Greece ini telah bersama Roma selama lima tahun selepas berpindah dari Olympiacos. Pemain ini akan memperkemaskan barisan pertahanan tengah Napoli setelah keberangkatan Raul Albiol ke Villareal.

Manolas merupakan pemain keenam yang ditandatangani Napoli selepas Alex Meret,Giovanni Di Lorenzo,David Ospina, Orestis Karnezis dan Luigi Liguori.

Manolas dijangka bakal bergandingan bersama Kalidou Koulibaly sekiranya pemain kebangsaan Senegal itu tidak berhijrah.

Comments