Helander puji Gerrard selepas menyertai Rangers

Berpindah dari Bologna ke Rangers merupakan satu ‘keputusan mudah’ yang diambil oleh Filip Helander.

Helander mengakui bahawa peluang bermain dibawah Steven Gerrard adalah perkara yang tidak perlu mengambil masa untuk berfikir panjang.

Pemain antarabangsa Sweden telah menandatangani kontrak selama 4 tahun untuk berpindah ke kelab yang berpangkalan di Glasgow itu.

Rangers dilaporkan telah membayar £3.5 juta untuk pertahanan tengah tersebut.

Pemain itu telah melakukan 20 penampilan Serie A musim lepas dan 10 penampilan buat Sweden setakat ini.

“Saya sangat gembira menyertai Rangers, ianya kelab yang istimewa dengan peminat yang sangat ramai dan sejarah tersendiri,” ujar Helander melalui laman rasmi Rangers.

“Peluang untuk berkerja dibawah pengurus seperti Steven Gerrard adalah keputusan yang sangat mudah untuk dilakukan,”

“Saya tiba disini untuk mendapatkan setiap mata buat Rangers dan memenangi kejohananan. Saya tidak sabar untuk memulakan latihan bersama rakan sepasukan baru saya.”

Rangers menamatkan musim ditangga kedua liga musim lalu dibawah kendalian Gerrard dalam musim pertamanya.

Comments