Anak Maradona beri amaran supaya bekas bintang Real Madrid tidak mengambil nombor 10 ayahnya di Napoli

Diego Maradona Jr iaitu anak kepada bintang Argentina Diego Maradona gembira jika James Rodriguez ke Napoli namun beliau memberi amaran kepada pemain itu supaya tidak mengambil nombor jersi ayahnya iaitu no.10 yang pernah dipakai Maradona suatu ketika dahulu.

“Saya selalu komen di gambar James (Instagram) untuk menyertai Napoli,” ujar Maradona Jr kepada media Sepanyol. Saya memberi dorongan kepadanya dan baru-baru ini dia ‘like’ komen saya.

“James menyertai Napoli meupakan perkara yang sangat dinantikan. Seorang pemain berkaki kiri yang berkualiti sebegitu akan menjadikan kelab itu lebih baik dan saya yakin bahawa dia dapat beraksi dengan baik.”

Maradona Jr memberitahu bahawa perbincangan antara Real Madrid dan Napoli tentang James Rodriguez telahpun berlangsung di mana kelab Itali itu ingin meminjam dahulu sebelum membuat perpindahan rasmi.

“Daripada apa yang saya tahu semuanya telah ditetapkan. Apa yang tinggal hanyalah kertas kerja sahaja”.ujar Maradona Jr.

Diego Maradona merupakan salah seorang lagenda bolasepak dunia yang telah berkhidmat di Napoli. Beliau diberi status lagenda kelab semasa beliau meninggalkan kelab tersebut. Napoli mengambil keputusan untuk tidak menggunakan lagi jersi no 10 yang pernah dipakai beliau.

Dan sekarang, Maradona Jr melarang James Rodriguez untuk menyarung jersi tersebut.

“Jangan sentuh jersi no 10 itu. Itu adalah pusaka keluarga. Ia kepunyaan ayah saya,”katanya.

“Terdapat khabar angin bahawa Hugain akan menyarung jersi tersebut jika beliau ke Napoli, seterusnya Lorenzo Insigne, tetapi seperti di NBA, jersi seorang pemain yang telah dihentikan (dibersarakan) tidak boleh dipakai lagi.”

Dipetik dari Marca.

Comments