Staff kejurulatihan Manchester United dikejarkan ke hospital, disyaki ‘overdose’ ubat

Ole Gunnar Solskjaer

Salah seorang staff kejurulatihan Manchester United telah dikejarkan ke hospital di Perth, Australia selepas disyaki mengambil ubat berlebihan.

Media Australia, Nine News Perth melaporkan kejadian berlaku pada Jumaat, 12 Jun. Menurut laporan, lelaki yang berusia 50an itu telah dihantar ke hospital di Royal Perth Hospital pada petang Jumaat melalui ambulans.

Nine News Perth melaporkan bahawa lelaki itu bukanlah pemain namun dipercayai merupakan staf kejurulatihan Manchester United.

“Seorang staf kami telah jatuh sakit dan telah dihantar ke hospital oleh doktor kelab kami bagi rawatan selanjutnya.” menurut kenyataan seorang jurucakap Manchester United.

Sementara itu, Royal Perth Hospital masih belum mengesahkan keadaan lelaki tersebut dan punca kejadian tersebut samada penyalahgunaan dadah ataupun beliau menggunakan ubatan secara sah. Beliau dikejarkan ke hospital melalui kenderaan yang biasa menunjukkan bahawa keadaan tidak terlalu serius.

Insiden ini sememangnya akan mempengaruhi Manchester United yang akan memulakan program pra-musim 2019/20 mereka melawan Perth Glory di Optus Stadium pada Sabtu, 13 Julai ini. Sesi latihan terbuka pertama kelab ini di WACA Stadium di Perth Khamis lalu telah dihadiri 14 ribu peminat.

Comments