Edu dilantik Pengarah Teknikal Arsenal

Selepas meninggalkan jawatan Pengarah Teknikal Pasukan Kebangsaan Brazil, bekas pemain Arsenal Edu telah dilantik jawatan yang sama untuk pasukan The Gunners itu.

Bekas pemain tengah mereka 12 tahun lalu itu kembali menyertai pasukan selepas membantu pasukan Brazil menjuarai Copa America minggu lepas

Edu merupakan salah seorang pemain yang terlibat dalam skuad ‘Invicibles’ yang memenangi Liga Perdana Inggeris tanpa sebarang kekalahan dibawah Arsene Wenger pada 2003-2004.

Kepulangan beliau ke Arsenal adalah sebagai salah satu usaha kelab itu merombak semula staff kejurulatihan dan pengurusan.

Arsenal didalam satu kenyataan kelab berkata, “Tugas Edu ialah beliau akan menyelia dan menyelaras kerja-kerja jurulatih skuad utama, akademi,  perekrut dan pemantau pemain baru dalam usaha untuk mengukuhkan lagi keberkesanan menguatkan pasukan.”

Edu bakal berkerjasama dengan Unai Emery, yang pernah menjadi pengurus beliau di Valencia suatu ketika dahulu.

“Arsenal sentiasa mendapat tempat istimewa didalam hati saya dan saya sangat gembira untuk pulang dan berkhidmat untuk kelab ini,” ujar bekas pemain Brazil itu.

“Kami mempunyai skuad yang mantap dan muda dengan pengurusan yang bagus dalam setiap bahagian. Saya tidak sabar untuk membantu dalam melakukan perubahan dalam pasukan.”

Ketua Bahagian Bola Sepak Arsenal, Raul Sanllehi berkata: ” Kami gembira Edu menyertai kami. Beliau mempunyai pengalaman luas sebagai pengarah teknikal dan yang paling penting merupakan peminat Arsenal sejati. Beliau faham pasukan ini dari setiap aspek dan apa nilainya kepada jutaan peminat seluruh dunia.”

“Penyertaan beliau merupakan faktor penting dalam pembangunan infrastruktur bola sepak kelab ini untuk masa hadapan.”

“Beliau akan berkerjasama dengan Unai Emery dan staff kejurulatihan lain dalam memainkan peranan yang relevan untuk mengetuai visi yang kita ada dan mengikut philosophy bola sepak kita dalam setiap aktiviti berkaitan.”

Comments