Mourinho dedahkan beliau bakal tampil dalam siri Netflix

Jose Mourinho telah mendedahkan bahawa beliau telah terlibat dalam siri penggambaran dari Netflix untuk program baru yang melibatkan jurulatih-jurulatih pasukan.

Mourinho merupakan salah seorang daripadanya dan ianya akan diterbitkan Netflix kelak, dimana menjadi kejutan kerana Amazon Prime yang menjadi seterus kepada Netflix dikatakan sedang menjalankan penggambaran belakang tabir bersama Tottenham Hotspurs.

Jose bergurau mengenai perkara itu dan telah memberikan sedikit butiran mengenai konten video tersebut.

“Ya benar, saya sedang melakukan penggambaran dengan Netflix,” beliau tersenyum.

“Lapan jurulatih dari pelbagai jenis sukan terlibat, saya telahpun melakukan penggambaran saya dan saya tidak tahu bila ia akan diterbitkan.”

“Bahagian saya telah selesai, banyak lagi jurulatih dari NBA, F1, tennis, NFL, ragbi bukan kriket! Namun pihak Amazon tidak boleh tahu akan perkara ini,”

Malam ini beliau akan menentang bekas kelabnya di Old Trafford dimana beliau perlu menagih kemenangan kali ini sebagai pengurus Tottenham.

Comments