Gabriel Jesus berterima kasih atas nasihat Fernandinho

Penyerang Manchester City, Gabriel Jesus menghadapi kemarau gol dalam 10 perlawanan untuk kelab dan negara namun berterima kasih kepada Fernandinho kerana selalu memberi semangat kepada beliau dalam tempoh itu.

Jesus baru-baru ini menjaringkan 2 gol dalam kemenangan 4-1 City keatas Burnley pada Selasa, menamatkan kemarau jaringan tersebut dimana beliau turut terlepas dua penalti.

Beliau kembali menemui sentuhannya dan dijangka akan diturunkan sekali lagi dalam kesebelasan utama untuk perlawanan Derby Manchester pada hujung minggu ini yang mana menyaksikan Sergio Aguero masih lagi dibelenggu kecederaan.

“Saya telah bercakap dengan Fernandinho. Beliau banyak membantu saya sejak saya tiba di kelab ini,” ujar Jesus.

“Dengan pengalaman sepanjang kariernya, beliau banyak memberi saya nasihat. Sehari sebelum perlawanan semalam, beliau turut memberikan saya nasihat.”

“Beliau selalu mengambil berat tentang kami semua, terutama sekali pemain muda. Sebagai rakan senegara beliau, beliau selalu datang kepada saya dan meminta saya bertenang,”

“Saya lebih berkeyakinan dan telah menjaringkan 2 gol yang banyak membantu saya,”

Turut menjaringkan gol pada perlawanant tersebut ialah Rodri, yang mana menampilkan kelas tersendiri pada perlawanan tersebut.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu menampilkan aksi meyakinkan dibahagian tengah yang sebelum ini diisi oleh Fernandinho. Fernandinho kini bertindak dibahagian pertahanan.

Menjelang perlawanan Liverpool dan Everton, City berjaya mengurangkan defisit mata dibawah pendahulu liga tersbut kepada 8 mata.

“Kami memerlukan kemenangan ini,”Rodri memberitahu wartawan. “Ianya persembahan yang baik,”

“Kadangkala ketika kami tewas atau seri, keyakinan kami akan menurun, namun selepas kemenangan ini kami berseronok didalam bilik persalinan kerana kami perlu naikkan suasana mood pasukan,”

“Kita semua manusia biasa, dan bila kita tidak dapat keputusan yang baik, kita perlu naikkan semangat rakan sepasukan yang lain. Kami akan terus melawan sehingga saat akhir kerana itulah identiti dan mentaliti kami.”

Comments