Pochettino ingin ambil alih tempat Ole Gunnar Solskjaer

Tekanan semakin dirasai jurulatih Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer ditambah pula laporan tentang perjumpaan pihak pengurusan United dengan Mauricio Pochettino. Tanpa sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut, perlawanan seterusnya bagi pengurus dari Norway itu bakal jadi penentu.

United bakal berhadapan Tottenham dan Manchester City dalam perlawanan akan datang. Kekalahan kedua-dua perlawanan tersebut kemungkinan bakal mengakibatkan pemecatan beliau dan jika laporan dari Manchester Evening News benar, Pochettino akan mengambil alih tugas tersebut.

Walaubagaimanapun, laporan tersebut turut menambah bahawa pihak pengurusan United masih menyokong Solskjaer. Namun, jurulatih tersebut perlu mengubah nasib United dan memberikan lebih kemenangan untuk musim ini jika beliau ingin menyelamatkan karier beliau.

Comments