Zidane tetap inginkan Pogba di Real Madrid

Meskipun prestasi Real Madrid semakin meningkat, Zinedine Zidane sedar skuad mereka tidak cukup kuat untuk mempertahankan kejuaraan. Mereka perlu memperkukuhkan lagi skuad mereka menjelang jendela perpindahan Januari ini.

Salah seorang pemain yang Zidane ingin dibawa ke Santiago Bernabeu sejak sekian lama ialah Paul Pogba.

Manchester United nekad untuk menyimpan Pogba namun nekad Zidane mungkin akan mengubah nasib Pogba.

“Saya turut bersimpati kepada beliau tapi beliau bakal mendapatkan pasukan baru kelak,”reaksi Zidane berkenaan pemecatan¬† Unai Emery.

Marca melaporkan kemunculan bakat-bakat baharu kedalam skuad seperti Federico Valverde tidak mengubah nekad Zidane untuk mendapatkan Pogba dan kemungkinan terdapat tawaran baharu yang disediakan pihak Real Madrid untuk Pogba.

Sebarang tawaran untuk Pogba bakal berjumlah sekurang-kurangnya 120 juta euro dari pihak Real Madrid, namun sepertimana Zidane nyatakan pada 1 november lepas, Pogba mempunyai nilai lebih daripada itu.

“Saya tidak rasa Valverde itu seperti Pogba,” beritahu Zidane, jelas bahawa Zidane merasakan Pogba itu lain daripada yang lain.

Selain Pogba ,nama-nama lain turut timbul seperti Donny van de Beek dan Christian Eriksen namun jelas bahawa mereka lebih menginginkan Pogba.

Comments