Anak Zidane tinggalkan Real Madrid, sertai kelab divisyen dua Sepanyol

Anak kepada Zinedine Zidane, Luca Zidane meninggalkan Real Madrid dan menyertai kelab divisyen dua Sepanyol, Racing Santander secara pinjaman.

Real Madrid mengeluarkan kenyataan bahawa anak ketua jurulatih, Zinedine Zidane iaitu Luca Zidane telah meninggalkan kelab tersebut bagi menyertai kelab divisyen dua liga sepanyol iaitu Racing Santander bagi musim 19/20.

Tempoh pinjaman beliau akan tamat pada 30 Jun 2020.

Luca yang berumur 21 tahun merupakan seorang penjaga gol dan dikhabarkan Zidane mahu menjadikan beliau pengganti Keylor Navas sekiranya Thibaut Courtois meninggalkan kelab tersebut.

Walaubagaimanapun khabar angin itu tidak menjadi kenyataan setelah Luca dipinjamkan kepada Racing Santander. Penjaga gol berusia 21 tahun itu telah bermain untuk kelab simpanan Real Madrid untuk musim 2018/19 dan beliau kadangkala dipanggil ke skuad utama.

Beliau membuat 31 penampilan dimana 2 penampilan tersebut adalah untuk skuad utama Real Madrid.

Real Madrid telah menjalani jendela perpindahan musim panas yang berjaya dengan pemain seperti Rodrygo Goes, Eder Militao, Luka Jovic, Ferland Mendy dan Eden Hazard telah menyertai kelab tersebut.

Nama-nama seperti James Rodriguez, Gareth Bale, Dani Ceballos dan Lucas Vazquez pula dikhabarkan bakal meninggalkan kelab tersebut.

Comments