Tewas kepada Messi, tetapi Van Dijk jadi pilihan wakil media Asia Tenggara

Khairul Nizam Khairul Nizam

Semalam terjawab sudah siapakah yang merangkul Anugerah Ballon d’Or dengan pemain Barcelona, Lionel Messi berjaya merangkul anugerah keenamnya, menewaskan pemain pertahanan Liverpool, Virgil Van Dijk.

Kepada yang mungkin tidak tahu, pemenang bagi Anugerah Ballon d’Or ditentukan oleh undian daripada wakil wartawan, ketua pasukan dan jurulatih skuad kebangsaan dari seluruh dunia. Pastinya ramai peminat bolasepak yang berminat untuk mengetahui siapa yang menjadi pilihan undian wartawan-wartawan dari seluruh dunia. Mari kita lihat undian yang dilakukan oleh wakil dari Asia Tenggara.

Kemboja

Wakil: Ung Chamroeun (Thmey Thmey News)

  1. Van Dijk
  2. Cristiano Ronaldo
  3. Lewandowski
  4. Mbappe
  5. Messi

Indonesia

Wakil: Nurdin Saleh (Koran Tempo)

  1. Messi
  2. Van Dijk
  3. Cristiano Ronaldo
  4. Salah
  5. Mane

MALAYSIA

Wakil: Rizal Hashim

  1. Van Dijk
  2. Cristiano Ronaldo
  3. Mane
  4. Messi
  5. Firmino

Filipina

Wakil: Ryan Fenix (GMA News Online)

  1. Van Dijk
  2. Messi
  3. Allison
  4. Sterling
  5. Cristiano Ronaldo

Singapura

Wakil: Tan Kim Han (The New Paper)

  1. Van Dijk
  2. Cristiano Ronaldo
  3. Messi
  4. Mane
  5. Alexander-Arnold

Thailand

Wakil: Urai Patoommawatana (Siam Sports at Star’s Soccer Daily)

  1. Van Dijk
  2. Messi
  3. Allison
  4. Sterling
  5. Mane

Vietnam

Wakil: Truong Anh Ngoc (The Thao & Van Hoa)

  1. Van Dijk
  2. Cristiano Ronaldo
  3. Messi
  4. Mane
  5. Allison

 

Biarpun Lionel Messi unggul sebagai pemenang Anugerah Ballon d’Or, tetapi nampaknya Van Dijk lebih menjadi pilihan wartawan sukan dari Asia Tenggara dengan enam daripada tujuh wakil memilih pemain pertahanan Belanda itu di tangga teratas dengan Lionel Messi hanya menjadi pilihan wakil dari Indonesia.

Pemenang lain pada malam anugerah tersebut adalah pemain Amerika Syarikat, Megan Rapinoe (Ballon d’Or wanita), pemain pertahanan muda Juventus, Matthijs De Ligt (Kopa Trophy) dan penjaga gol Liverpool,  Allison (Yachine Trophy).

 

 

Comments