Lionel Messi kalahkan Ronaldo dalam rekod unik Liga Juara-Juara Eropah

Cristiano Ronaldo merupakan nama yang besar dalam Liga Juara-Juara Eropah dan memecahkan banyak rekod dalam kejohanan tersebut, namun terdapat satu rekod yang tidak dapat beliau atasi Messi.

Cristiano Ronaldo merupakan seorang pemain yang hampir mempunyai setiap pencapaian dalam pertandingan Liga Juara-Juara Eropah. Pemain kebangsaan Portugal itu merupakan penjaring gol terbanyak sepanjang masa dalam pertandingan itu iaitu beliau telah menjaringkan sebanyak 126 gol sepanjang beliau terlibat dalam kejohanan tersebut.

Namun, terdapat beberapa rekod yang Ronaldo tidak dapat atasi Messi iaitu salah satunya gol per minit.
Kapten Portugal itu mempunyai statistik 111 minit untuk satu gol dan ia merupakan tempat keempat dalam kedudukan pencapaian tersebut.

Di atasnya merupakan pemain seperti bekas penyerang Manchester United dan Real Madrid, Ruud Van Nistelrooy, bekas pemain Bayern Munich, Mario Gomez dan Messi.Ini bermakna Messi mempunyai lebih banyak gol berbanding penampilannya daripada Ronaldo.

Sementara itu, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi telah berdepan kekecewaan dalam merebut takhta Liga Juara-Juara musim lepas.

Ronaldo bersama Juventus telah disingkirkan Ajax Amsterdam dalam perlawanan yang penuh dramatik. Juventus seri dalam pusingan pertama sebelum kalah 2-1 dalam pusingan kedua. Manakala Messi bersama Barcelona telah layak ke separuh akhir sebelum mereka ditewaskan oleh Liverpool dimana The Reds bangkit menewaskan Barcelona walaupun ketinggalan 3-0 dalam pusingan pertama.

Comments