Hummels tidak suka bersaing untuk merebut tempat- Kovac

Bayern Munich defender Mats Hummels

Ketua jurulatih Bayern Munich, Niko Kovac mendedahkan Mats Hummels tidak mahu bersaing dengan pemain lain untuk merebut tempat dalam kesebelasan utamanya di pasukan itu.

Hal ini telah menyebabkan perpindahan kembali ke Borrusia Dortmund tempoh hari.

Hummels, 30, pulang ke Dortmund dengan yuran perpindahan dilaporkan bernilai €38 juta selepas 3 musim berada di Bayern.

Bayern dilaporkan sudah bersetuju dengan nilai €80 untuk membawa masuk pertahanan Perancis dan Atletico Madrid, Lucas Hernandez yang dikatakan mahu digunakan sebagai pemain pertahanan tengah.

Niklas Sule merupakan seorang lagi pemain pertahanan tengah didalam pasukan utama Bayern dan perkara ini menyebabkan Hummels bakal kehilangan tempat dalam skuad utama.

“Mats telah melakukan tugasnya dengan baik, terutama sekali dalam separuh kedua musim,” ujar ketua jurulatih Bayern itu kepada media Selasa lalu.

“Sepertimana Uli Hoeness (presiden Bayern) katakan, hujung musim tempoh hari Mats datang dan bertanya kepada kami bagaimana status beliau didalam pasukan,”

“Niklas Sule merupakan pilihan utama musim lepas dan juga pemain utama pasukan kebangsaan. Kami juga telah membeli Lucas Hernandez yang mahu bermain di posisi tersebut,”

“Tapi itu tidak bermaksud apa-apa untuk pilihan kesebelasan utama. Setiap pemain perlu bersaing untuk merebut tempat tersebut. Mats tidak mahukan perkara itu. Kami menerimanya pendirian beliau dan menghormati keputusan beliau ke BVB.”

Hummels memenangi 3 kejuaraan liga dan satu DFB-Pokal ketika bersama Bayern tempoh hari

Comments