FAM akan usul penambah baikan format Kejohanan Piala AFC Bawah 23 Tahun

Khairul Nizam Khairul Nizam

Ekoran kekecewaan gagalnya skuad bawah 23 tahun negara layak ke pusingan akhir Piala AFC Bawah 23 Tahun, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menghantar kerta cadangan kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk menambah baik format saingan itu di masa hadapan.

Antara yang bakal diusulkan di dalam kertas cadangan itu nanti adalah penambahbaikan kepada format termasuk berkenaan perbezaan waktu perlawanan yang memberikan kelebihan kepada negara Asia Barat yang berlangsung lewat sedikit berbanding negara Asia di sebelah Timur.

“Kami menghantar kertas cadangan bagi memperhalusi saingan kelayakan Kejohanan AFC B-23 bagi memastikan Malaysia tidak dikecewakan walaupun mempamerkan persembahan yang berkualiti sepanjang saingan,” kata Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal seperti dilaporkan Astro Arena.

Dalam saingan kelayakan yang lalu, skuad muda negara gagal mara ke pusingan akhir biarpun berjaya mengikat China 2-2 di Stadium Shah Alam ekoran keputusan yang menyebelahi kelayakan negara-negara di Asia Barat, di mana mereka mengetahui keputusan zon Timur yang berlangsung lebih awal.

 

Kredit foto: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Comments