Datuk Ong Kim Swee hilang tiga tonggak untuk perlawanan berdepan Australia

Nampaknya persiapan terakhir untuk skuad bawah 23 tahun sedikit terganggu.

Perancangan ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee, terganggu apabila tiga pemainnya mengalami kecederaan dan sah tidak dapat beraksi dalam perlawanan berdepan Australia hari ini.

Tiga pemain tersebut adalah Dominic Tan (pangkal paha), R. Kogileswaran (buku lali) dan Faisal Abdul Halim (kaki).

“Kecederaan yang dialami oleh ketiga-tiga pemain tersebut tidak begitu serius dan mereka memerlukan sehari atau dua hari lagi untuk sembuh. Saya akan menilai mereka sama ada boleh bermain atau tidak untuk aksi esok (hari ini).

“Saya perlu memantau perkembangan ketiga-tiga pemain itu dalam masa tiga hingga empat hari ini sebelum membuat keputusan menyenaraikan 23 pemain menghadapi kejohanan tersebut,”¬†katanya seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

Skuad bawah 23 tahun negara akan menghadapi saingan kelayakan Piala AFC Bawah 23 tahun bermula dengan perlawanan berdepan Filipina (22 Mac), Laos (24 Mac) dan China (26 Mac). Kesemua perlawanan akan berlangsung di Stadium Shah Alam.

 

Kredit foto: FAM

 

Comments