Ricardo Quaresma ditawarkan ke kelab V.League 1

Media Vietnam melaporkan bahawa pemain Portugal itu telah ditawarkan kepada juara Liga Vietnam, Hanoi FC melalui orang tengah.

Quaresma,35 tahun, telah membantu Portugal menjuarai Euro 2016 apabila beliau dimasukkan menggantikan Cristiano Ronaldo yang cedera pada separuh masa pertama perlawanan akhir menentang Perancis.

Pemain sayap berskill tinggi ini telah bermain untuk kelab di serata Eropah seperti Sporting Lisbon dan Porto FC di Portugal, Barcelona di Sepanyol, Inter Milan di Itali, Chelsea di England dan Shabab Al Ahli Club di UAE.

Beliau sekarang bermain untuk Besiktas di Liga Super Turki sejak 2015.

Dalam sebuah e-mel yang diterbitkan beberapa pihak media Vietnam, Oscar Soler Sola yang mengakui bahawa dirinya seorang pengarah sukan yang dilantik persekutuan bolasepak Sepanyol dan seorang orang tengah Quaresma telah berurusan tentang tawaran tersebut.

“Biar saya perkenalkan Ricardo Quaresma.Beliau sekarang sedang bermain untuk Besiktas di Turki”,kandungan e-mel tersebut.

“Ricardo masih mempunyai kontrak setahun bersama Besiktas iaitu sehingga Jun 2020 tetapi jika anda membuat tawaran yang dapat menyakinkan Quaresma, saya rasa ia tidak akan menjadi masalah dengan pihak Besiktas.” e-mel tersebut bersambung dengan meminta pihak Hanoi FC menghubungi Sola jika berminat dengan pemain tersebut.

Menandatangi seorang pemain seperti Quaresma akan membantu Hanoi FC bersedia untuk piala AFC 2019 menentang pesaing mereka iaitu Becamex Binh Duong dalam peringkat separuh akhir antara zon hujung bulan ini.

Namun,kesahihan e-mel tersebut masih tidak dapat dikenalpasti serta faktor kewangan Hanoi FC juga belum dipertimbangkan.

Comments