Pemain import Kedah ledak hatrik

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Pemain import pasukan Kedah, Edgar Bernhardt meledak hatrik ketika mewakili pasukan negaranya, Republik Kyrgyzstan dalam perlawanan pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, malam tadi.

Tiga jaringan pada minit ke-5, ke-10 dan ke-87 membantu pasukannya mencatatkan kemenangan bergaya 7-0 ke atas Myanmar.

FT: KGZ πŸ‡°πŸ‡¬ 7 – 0 πŸ‡²πŸ‡² MYAKyrgyz Republic revive their #AsianQualifiers campaign in stunning fashion after claiming an emphatic win over Myanmar in Group F!

Posted by Asian Football Confederation on Thursday, 10 October 2019

Kemenangan itu memberikan tiga mata pertama buat pasukan Republik Kyrgyztan dalam saingan peringkat Kumpulan F selepas tewas di tangan Tajikistan 0-1 dalam perlawanan sulung mereka bulan lalu.

Ketika ini, Republik Kyrgyzstan menduduki tangga ke-3 dalam kumpulan tersebut dan ianya memberi tonik tambahan sebelum menempuh satu lagi perlawanan menentang Mongolia pada selasa ini.

Sementara itu, Myanmar kekal di dasar Kumpulan F selepas mencatatkan kekalahan ketiga berturut-turut selepas tewas kepada Mongolia dan Jepun pada september lalu.

Foto: Football Federation of the Kyrgyz Republic

Comments