Luqman Hakim tersenarai kalangan 60 bakat muda terbaik dunia

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Penyerang skuad Malaysia Bawah 18 Tahun (B-18), Luqman Hakim Shamsudin disenaraikan antara 60 pemain muda berbakat terbaik dunia oleh sebuah portal berita berpengkalan di United Kingdom, The Guardian.

Bakat yang dijelmakan oleh Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Gambang, Pahang itu disenaraikan sebaris dengan beberapa bintang muda yang menarik perhatian dunia ketika ini seperti Ansu Fati dan anak kepada bekas penyerang Chelsea, Andri Lucas Gudjohnsen.

Seorang lagi pemain dalam kalangan negara ASEAN turut disenaraikan oleh The Guardian adalah Suphanat Muenta yang merupakan penyerang Buriram United dan skuad kebangsaan Thailand.

Nampaknya, impak yang diberikan oleh Luqman Hakim ketika beraksi dalam saingan Kejuaraan AFC Bawah 16 Tahun (B-16) tahun lalu dan Kejuaraan AFF B-18 pada tahun ini mampu menarik perhatian portal di UK tersebut.

Luqman Hakim, penjaring terbanyak Kejohanan AFC B-16 2018. Foto: AFC

Pastinya namanya akan lebih dikenali apabila beliau menyertai K.V. Kortrijk bermula mac depan. Sebelum itu, penyerang kelahiran negeri Che Siti Wan Kembang ini akan menjalani latihan bersama pasukan Cardiff City terlebih dahulu sehingga umurnya genap 18 tahun.

Foto:  NFDP / Uwais Qarni

Comments