Allardyce Tolak Tawaran Newcastle

Pencarian Newcastle United untuk pengganti Rafael Benitez telah membawa mereka kepada Sam Allardyce namun bekas pengurus The Toons itu menolak untuk kembali.

Newcastle perlu mencari pengganti Rafael Benitez setelah beliau berangkat ke China ekoran tamat kontrak pada akhir Jun lalu.

Steve Bruce merupakan pengganti yang disebut-sebut untuk kerusi panas itu namun Allardyce terkejut apabila beliau dihubungi untuk jawatan tersebut.

Bekas pengurus England itu pernah menghabiskan 8 bulan di Newcastle dengan prestasi yang buruk sebelum berhenti pada Januari 2008.

“Saya amat terkejut.”Allardyce memberitahu talkSPORT tentang tawaran tersebut.

“Saya rasa ini bukanlah yang semua orang mahukan. Saya telah bercakap dengan ejen saya dan walaupun saya hormati pihak Newcastle dan peminatnya, saya rasa ini bukan untuk saya. Saya dengan rendah diri menolaknya.

“Mungkin untuk kali pertamanya saya akan terus menerimanya tetapi sekarang tidak lagi. Walaubagaimanapun saya berbesar hati apabila saya ditawarkan.

“Saya teragak-agak pada mulanya tetapi saya tidak berfikir panjang untuk menolaknya. Adalah lebih baik saya buat keputusan dengan cepat kerana mereka akan menjalani program pra-musim.

“Saya tidak berhubung dengan Mike iaitu pemilik kelab Newcastle sebelum menolaknya. Ejen saya menghubungi saya dan saya terus fikir ia bukan untuk saya.”

Allardyce,64 sudah tidak memegang jawatan jurulatih sepenuh masa sejak meninggalkan Everton pada Mei 2008.

Comments