Kelayakan Kejuaraan AFC B-16: P Maniam tampil empat muka baharu

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Ketua jurulatih skuad Malaysia Bawah 15 Tahun (B-15), P Maniam menampilkan empat muka baharu dalam senarai 23 pemain yang dibawa ke saingan Kelayakan Kejuaraan AFC B-16 berbanding skuad yang memenangi Kejuaraan AFF B-15, ogos lalu.

Terdahulu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada hari ini telah mengumumkan senarai 23 pemain skuad B-15 terpilih untuk mewakili Malaysia bagi mengharungi cabaran pusingan kelayakan peringkat asia di Laos, bermula 18 september sehingga 22 september hadapan.

Empat muka baharu itu ialah Muhamad Azrul Iman (pertahanan), Muhammad Aizul Hakim (penjaga gol), Muhammad Akid dan Syafiq Haikal (penyerang). Manakala, 19 pemain lain terdiri daripada skuad yang menjuarai kejohanan AFF, bulan lalu.

Skuad Malaysia telah diundi dalam Kumpulan J dan akan membuka kempen kelayakan ini menentang pasukan Kemboja pada 18 september sebelum menentang pasukan tuan rumah selang dua hari kemudian. Pasukan terakhir yang akan dihadapi oleh anak-anak buah P Maniam ialah Jepun pada 22 september.

Kesemua perlawanan akan dilangsungkan di Stadium Nasional Laos.

Berikut adalah senarai penuh 23 pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih, P. Maniam:

Penjaga Gol: ZULHILMI SHARANI, AHMAD AZEEM IZHAR AHMAD FAIZAL, MUHAMMAD AIZUL HAKIM MOHD ZABNI

Pertahanan: MUHAMMAD DANIEL EDZUAN MOHD ANUAR, ADAM DANIEL MOHAMAD, MUHAMMAD KHOLIL AHMAD AZIAN, ADAM FARHAN MOHD FAIZAL, MUHAMMAD ALIF FARHAN FAUZI, AHMAD ROZAINI ABU BAKAR, MUHAMAD AZRUL IMAN MUHAMAD YUSOF

Pemain Tengah: MOHAMMAD ASHRAF AHMAD, MUHAMMAD ADAM UWAIS MOHD ARMI, DANISH IRFAN EZAL, MUHAMMAD NABIL QAYYUM ZAINUDDIN, MUHAMMAD IZRIN IBRAHIM, SYAFIQ HAIKAL BAHTIAR, RADZILAH HELMI ROIZAT

Penyerang: MOHAMAD KHAIRIL MOHD ZAIN, MUHAMMAD ALIFF IZWAN YUSLAN, MUHAMMAD SHAHRIL SOBRI, ZUBAIDI MOHD BUANG, MUHAMMAD AKID MOHD ZAMRI, MUHAMMAD HARRY DANISH MOHD HAIZON

Foto: FAM

Comments