ROG beri peluang gamers menikmati eSports terunggul pada Taiwan Excellence Esports Cup (TEEC) 2019

Hafizuddin Omar Hafizuddin Omar

Jenama Republic of Gamers (ROG) memberikan peluang kepada 31 pasukan amatur untuk menikmati perkakasan komputer mereka seterusnya memberikan pengalaman gaming terunggul pada saingan kelayakan ke-10 Taiwan Excellence Esports Cup (TEEC) 2019, semalam.

Saingan kelayakan ke-10 TEEC 2019 itu mengambil tempatnya di Battle Arena Malaysia, Jaya Shopping Centre dan mempertaruhkan tiga acara gaming iaitu CS: Go, Dota2 dan League of Legends. Pemenang pusingan kelayakan ke-10 ini akan mengiringi pemenang pusingan kelayakan sebelum ini untuk mara ke pusingan akhir yang akan diadakan di Berjaya Times Square pada 11-13 oktober kelak.

Pengurus produk ROG, Jason Hsu mengikuti rapat perkembangan eSports di Malaysia dan beliau teruja dapat memberikan peluang kepada para gamers amatur merasai nikmat menggunakan perkakasan komputer terbaik daripada ROG dalam saingan TEEC 2019.

“eSports sudah menjadi salah satu sukan yang terbesar dan paling popular di seluruh dunia secara beransur-ansur. Di Malaysia, bilangan peminat dan penggemar eSports sentiasa bertambah pada kadar yang sangat memeranjatkan.

“ASUS dan Republic of Gamers (ROG) sememangnya bangga untuk melibatkan diri dalam acara penajaan pihak Taiwan ini, kerana kita yakin ini akan melengkapkan acara eSports kita yang sedia ada dan menggalakkan gamers untuk mendapatkan peralatan komputer inovatif yang terbaik demi merasai pengalaman gaming yang benar-benar berdedikasi serta seronok.” kata Jason Hsu.

Orang ramai turut berpeluang untuk mencuba komputer riba gaming jenama ROG yang dipamerkan di TEEC 2019.

Sementara itu, rakan penaja yang menyediakan venue pada pusingan kelayakan ke-10 TEEC 2019 kali ini, berkata, “Misi Battle Arena adalah untuk membekalkan tempat latihan bagi para gamers yang beraspirasi untuk memulakan karier esports mereka secara lancar.

“Bersama-sama TEEC dan ROG, kami berazam untuk membekalkan bakat muda tempatan dengan pengalaman eSports yang terbaik dan profesional, melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan demi memperolehi masa depan yang cerah dalam eSports.”

Pada pentas akhir TEEC 2019 kelak, pihak mereka turut membuka peluang kepada orang ramai untuk menyertai beberapa acara gaming subsidiari seperti Tekken 7, Super Smash Bros, PES 2019 dan Mobile Legends: Bang Bang. Pemenang bagi acara ini turut berpeluang untuk meraih hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM9,000 keseluruhan.

Pendaftaran untuk acara gaming subsidiari ini dibuka bermula pada 7 september dan semua peserta boleh mengikuti laman sosial mereka, Taiwan Excellence untuk maklumat lanjut.

Comments