Melihat Lee Chong Wei beraksi memang satu perkara menakjubkan – Pemain sayap Manchester United

Lee Chong Wei Badminton
Khairul Nizam Khairul Nizam

Untuk atlit Malaysia menyatakan rasa kagum kepada pemain bolasepak di luar negara bukan satu perkara yang luar biasa.

Tetapi untuk seorang pemain yang kini beraksi di Liga Perdana Inggeris untuk salah satu kelab yang boleh dikatakan antara terbesar di dunia, menyatakan rasa kagumnya kepada seorang atlit dari Malaysia, membuktikan betapa hebatnya atlit itu.

Pemain sayap Manchester United, Daniel James dalam satu temuramah bersama Astro Supersport telah memberitahu bahawa dia merupakan peminat pemain badminton lagenda negara, Datuk Lee Chong Wei.

 

 

 

“Saya cintakan bolasepak, tetapi saya juga suka badminton dan pernah bermain ketika kecil dahulu. Sekarang memang saya bermain bolasepak, tetapi dahulu memang saya sering bermain badminton. Pertembungan di antara (Datuk) Lee Chong Wei dan Lin Dan memang menakjubkan. Melihat aksi Lee Chong Wei memang satu perkara yang menakjubkan,” kata pemain sayap dari Wales itu.

Sayang sekali buat Daniel James kerana dia tidak dapat bertemu idolanya itu ketika Manchester United bertandang ke Singapura. Datuk Lee Chong Wei adalah antara peminat pasukan berkenaan yang hadir menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu.

Mungkin suatu hari nanti Daniel akan dapat bertemu dengan Chong Wei apabila lagenda badminton negara itu bertandang ke Stadium Old Trafford untuk menyaksikan perlawanan Red Devils. Mungkin juga Daniel sendiri boleh datang melawatnya di Kuala Lumpur dan cuba bermain badminton menentang idolanya.

 

 

Comments